Saturday 22 November 2014

Definisi Pantun



Pantun merupakan sebuah sastera rakyat yang boleh digunakan dengan seluas-luasnya didalam masyarakat melayu dengan tidak kira apa tujuannya. Pantun dilahirkan untuk mewujudkansesuatu maksud tertentu. Ia bertujuan memperindah lagi sesuatu ucapan. Dalam konteks ini, pantun sangat sesuai dengan jiwa orang Melayu kerana dapat menunjukkan keperibadian orangMelayu yang mempunyai kesenian serta kebudayaan sendiri.


Pantun juga merupakan salah satu jenis puisi lama yang sangat luas dikenali dalam bahasa-bahasa Nusantara. Orang Melayu telah mencipta pantun dalam bentuk berangkap. Selainitu, pantun juga bertujuan untuk membicarakan tentang budi bahasa, kasih sayang masyarakat,adat istiadat, perkahwinan dan sebagainya.